Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini memutuskan agar pesalah jalanraya yang cuai atau menyebabkan kematian akibat kemalangan agar dikenakan denda atau membayar diat (melainkan jika mendapat kemaafan dari waris) selain juga menunaikan kaffarah iaitu berpuasa dua bulan berturut-turut.
Jelas Mufti negeri itu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, ia selari dengan apa yang termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah terhadap pelaku yang cuai sehingga menyebabkan kecederaan atau kemusnahan harta dan kematian.